Tuesday, March 26, 2013

Penderaan mental dan fizikal menjelang midsem


Assalamualaikum.
Akhirnya, setelah tamatnya proses penyiapan assignment Islamic Economics.
Dapat melepaskan nafas dengan nyaman. Tidur dengan tenteram. Mimpi yang indah-indah. Nikmatnya hidup :)






Tapi belum sempat nak menikmati hidup bersenang-lenang lagi dah muncul tugasan baru.
*hanya mampu menerima dengan kerelaan hati*

Rabu 27 Mac - submit assignment Hubungan Etnik by typing and HAND-WRITTING *minimum 2 pages*
Khamis, Jumaat, Sabtu 28-30 Mac - seminar kelab keusahawanan UniSZA *kat luar kampus*
Isnin 1 April - mid-term Bahasa Arab *malam-malam jalan kaki pergi gym*
Rabu 3 April - group presentation English for Communication-ll *cabut undi, dapat tajuk paling mencabar*
Khamis 4 April - mid-term Business Comunication *dengan buku teks tak sampai lagi*

Nampak tak betapa tak cukup nafasnya aku? +___+
Bilik ni dah macam tempat persinggahan R & R je *solat-mandi-tidur*
Selebihnya banyak habiskan masa kat luar untuk discussion dan cari bahan.
Ni baru senarai tugas yang besar-besar. Belum assignment yang harian punya *__*
Saat-saat yang perlu ditempuhi menjelang cuti midsem.
Memang aku cuti habis-habisan midsem nanti heheh


*SEDIKIT SELINGAN GAMBAR-GAMBAR DARI HUTAN LIPUR SEKAYU*












coratcoret : lepas ni tunggu gambar Putra Beach Resort pulak ek ;)

Friday, March 15, 2013

kelam kelibut


Assalamualaikum :)
Alhamdulillah masih diberi nyawa. masih boleh bernafas. masih boleh bergerak seperti biasa. tiada yang kurang. Alhamdulillah :)

Semester Dua ni jadual sangat padat. ya, memang macam tu lah hajatnya.
isi masa dengan program-program, discussion, aktiviti kemasyarakatan.
*tiru-macam-saya* kononnya ;p

okay, sekarang dah ada tugas baru!
sejak join kelab usahawan ni, kena bertugas jaga kiosk :)

pengalaman jaga kiosk ?
memey layan ah xD jumpa macam-macam orang. tapi serius enjoy ;)
bila jaga kat kaunter ni, amalan senyum-sampai-tutup-kedai memang perlu diperaktikkan.
lol

program akan datang?
hmm.. Insya Allah kalau panjang umur nak join program kemasyarakatan ni.
pergi rumah anak yatim ^^, *dah lamaaaaaa sangat teringin*

esok pulak ada majlis penyerahan sijil pendaftaran perniagaan :D
Alhamdulillah, akhirnya bisnes kitorang dah ada sijil pendaftaran. boleh la bergiat dengan lebih aktif lagi lepas ni ;)

matlamat seterusnya?
melancong seluruh Malaysia! ya! *___*
kumpul duit. jimat duit. tabung duit. apa lagi? $___$
perancangan cuti semester katanya ;D
terengganu ---> kedah ----> johor :)


and the last,
don't you dare to trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you - hlovatesays












coratcoret : tak sabar nak jumpa dua orang budak overseas tu! :D *take-note*