Wednesday, December 31, 2014

Kanser Pankreas Tahap 4

Bismillah.


Ketika itu aku punya dua perkhabaran berita. Ada suka dan ada duka. Tidak tahu mahu menangis untuk apa. *Tapi pastinya menangis untuk duka. 

Perkhabaran duka daripada kakak yang bertaip: 'Dah dapat kesan penyakit abah. Kanser pankreas. Tahap 4.'

Ya, dan ketika itu aku terus tidak segembira seperti sebelumnya. Aku tidak tahu mahu khabarkan bagaimana. Tapi tidak seorang pun sahabat yang tahu mengenai berita itu. Mungkin bukan masanya. Biarlah aku seorang yang berduka.

Kini doktor-doktor pakar sedang berusaha untuk merawat abah. Mereka pastinya cuba yang sebaik mungkin. Aku tahu itu. Hanya satu yang aku mampu buat. Berdoa. Dan terus doa. Moga mereka dapat menyembuhkan sakit abah. Sakit itu tak tertanggung rasanya. Aku hanya mampu melihat. Allah..

Jadi aku mahu meminta doa semua. Moga abah kembali pulih seperti dulu. Moga semua ahli keluarga aku ada ketika aku memegang segulung ijazah nanti. Mungkin aku tidak nampak seperti orang yang bersedih, tapi hanya Allah yang tahu rasa hati. Hanya kepada Dia tempat aku mengadu.

Abah sudah tidak secergas dulu. Perit menanggung sakit. Allahu.. Moga tabah.









nota hati: Aku rindu suara abah yang dulu,



Friday, December 26, 2014

Ubat sakit gigi?

Assalamualaikum.

Mohon doa untuk pantai timur.
Moga semuanya selamat.



Ada soalan nak tanya.

Apa ubat @ cara yang kita boleh buat kalau sakit gigi?
*err...selain jumpa doktor

Jumpa doktor is the last choice kalau dah terpaksa :(
*bukan takut, tapi taknak la menyusahkan doktor tu. banyak lagi pesakit lain. kan? :D

kalau ada tips ke, mohon kongsi :)
*perasaan bila sakit gigi, walau sakit macam mana pun, tetap nak makan, tetap nak cakap juga





coratcoret : Moga ada hikmah disebalik banjir besar ni. Simpati kepada mereka2 yang terlibat. Hanya mampu berdoa.



Wednesday, December 24, 2014

Pray for Pantai Timur



Bismillah...
Dan alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi-Nya.


Mohon doa untuk pantai timur.
Peringatan untuk kita semua.


Semakin cepat masa berlalu,
semakin singkat hidup kita.

Kadang aku terfikir,
masih panjangkah nyawa..
sempatkah aku punya suami...
punya anak...

Allah.

Moga kita berguna pada dunia,
berbahagia di akhirat.


Semoga berjaya pada yang bakal masuk dewan peperiksaan ;)
untuk ambe juga.