Wednesday, December 31, 2014

Kanser Pankreas Tahap 4

Bismillah.


Ketika itu aku punya dua perkhabaran berita. Ada suka dan ada duka. Tidak tahu mahu menangis untuk apa. *Tapi pastinya menangis untuk duka. 

Perkhabaran duka daripada kakak yang bertaip: 'Dah dapat kesan penyakit abah. Kanser pankreas. Tahap 4.'

Ya, dan ketika itu aku terus tidak segembira seperti sebelumnya. Aku tidak tahu mahu khabarkan bagaimana. Tapi tidak seorang pun sahabat yang tahu mengenai berita itu. Mungkin bukan masanya. Biarlah aku seorang yang berduka.

Kini doktor-doktor pakar sedang berusaha untuk merawat abah. Mereka pastinya cuba yang sebaik mungkin. Aku tahu itu. Hanya satu yang aku mampu buat. Berdoa. Dan terus doa. Moga mereka dapat menyembuhkan sakit abah. Sakit itu tak tertanggung rasanya. Aku hanya mampu melihat. Allah..

Jadi aku mahu meminta doa semua. Moga abah kembali pulih seperti dulu. Moga semua ahli keluarga aku ada ketika aku memegang segulung ijazah nanti. Mungkin aku tidak nampak seperti orang yang bersedih, tapi hanya Allah yang tahu rasa hati. Hanya kepada Dia tempat aku mengadu.

Abah sudah tidak secergas dulu. Perit menanggung sakit. Allahu.. Moga tabah.









nota hati: Aku rindu suara abah yang dulu,



1 comment:

cik rusyie said...

Be strong yun. Banyak2 doa.