Friday, January 24, 2014

Risk Management dalam hidupku

Assalamualaikum...

Pejam celik... Pejam celik..
Nak masuk semester baru dah.
Maksudnya dah dua tahun kat Terengganu ni.
Dua tahun lagi untuk berjuang.
hoyeh!

Terlibat dalam bidang pengurusan risiko ni banyak kelebihannya.
Boleh belajar macam mana nak uruskan risiko yang datang bila-bila masa je.
Duduk dalam bidang ni juga, baru tahu tentang pentingnya ambil insurans.
Baru tahu apa itu takaful.
Beza takaful dengan insurans.
Untuk perancangan masa depan, keluarga dan lain-lain lagi.

Kalau dulu, masa mula-mula dapat jurusan ni, banyak tanda tanya yang muncul.
Ada masa depan ke kursus ni? Best ke? Macam tak pernah dengar je.
Tapi sekarang, aku bangga sebab ambil kursus ni.
Sebab " RISK IS EVERYWHERE " ,
Sebab ia tentang kehidupan ,
Sebab kita tak boleh lari dari terlibat dengan risiko .
Dan kursus ni boleh tahan susah juga. Jangan main-main :O
Dah nama pun risk management kan.. Kalau tak pening, bukan risiko namanya ;)

So kepada sesiapa dapat jurusan yang berkaitan risk management and takaful tu, jangan runsing-runsing dah. Insha Allah perancangan Allah itu semuanya yang terbaik untuk hamba-Nya :)





Wednesday, January 22, 2014

Untuk Farah

Assalamualaikum...

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

al-Inshirah : 5-6

Untuk sahabatku Farah,

Aku doakan semoga Pakcik Hassan akan baik-baik sahaja. Aku tau macam mana rasanya bila duduk jauh dari keluarga. Tak dapat balik bila ada ahli keluarga sakit. Perasaan membuak-buak nak balik bila exam dah nak dekat. Walaupun aku duduk dalam Malaysia ni je (tak keluar pun), tapi memang menguji jugak kadang-kadang. Lagi-lagi bila tengok kawan serumah balik tiap-tiap minggu. Hati tu Allah je yang tau. Apatah lagi kau yang jauh nun di sana. Semoga tabah okay :)



notakaki : rasa macam tulis email pulak. jangan terharu okay ;) walaupun aku rasa nak nangis bila taip ni :P


Tuesday, January 21, 2014

Dia Yang Maha Tahu

Assalamualaikum...

"... Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."  
al-Baqarah : 216


Satu yang pasti,
bahawa Allah itu Maha Tahu.

Bersyukur apa adanya.