Saturday, March 22, 2014

Wishlist baucer buku






Alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu.
Khabarmu berkunjung juga.
(BB1M)


Wishlist untuk baucer buku:-
1. Alat tulis dan kertas (nazak semuanya dah)
2. Mouse dan headphone (dah lama angan-angan ni. rasa kedekut nak keluar cash sendiri)
3. Buku-buku motivasi (yang ni aku sangat memerlukan sebab aku kurang motivasi)
4. Tafsir Al-Quran (sebenarnya aku takdetafsir hak milik sendiri pun. yang aku bawak ke hulu ke hilir ni pun hasil sumbangan orang. semoga Allah merahmati kamu)


Untuk setakat ni, tu je yang mampu aku senaraikan. Semoga cukup la dengan bajet RM250 tu. Ke dah bertambah nilainya? haha :)


Salam penuh mesra dan kasih sayang,

Tuesday, March 18, 2014

i said thank you







Alhamdulillah. Hidup jauh dari keluarga banyak mengajar aku erti hidup berdikari. Lebih-lebih lagi dah dekat setahun tercampak keluar duduk rumah sewa. Belajar macam mana nak berjimat. Bila bil air bil elektrik yang melambung macam tak cukup tulang empat kerat budak-budak rumah nak kumpul duit. Macam mana nak uruskan rumah. Dan banyak lagi benda-benda yang aku jarang dapat buat kat rumah.

Alhamdulillah. Aku dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membimbing ke jalan-Nya. Aku yang sempat terleka dengan godaan sekeliling. Alhamdulillah kerana mereka telah menyedarkan aku. Akan erti sebenar kehidupan. Walaupun masih banyak lagi kekurangan diri, sekurang-kurangnya aku cuba untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.

Alhamdulillah. Aku dikurniakan sahabat-sahabat yang suka berkongsi ilmu. Suka menegur mana yang tidak elok dibuat. Mana yang tidak elok dipakai. Walau bukan tegur secara terangan, tapi siapa makan cili pasti terasa pedasnya kan? Dan daripada itu, aku cuba muhasabah. Cuba untuk pandang kehidupan dari sudut yang berbeza.

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk punya insan-insan sekeliling yang boleh gelak ketawa bersama. Sambil mengubat rindu keluarga. Betapa pentingnya peranan sahabat sekeliling. Tapi maaf sahabat. Aku bukan orang yang mahu berkongsi tangis. Berkongsi duka. Hatta berkongsi sakit sekali pun. Selagi aku mampu tanggung sendiri, akan aku usahakan.

Alhamdulillah untuk semuanya :)
Terima kasih sebab sudi gelak bila layan celoteh aku yang tak berapa nak cukup wayar kadang-kadang ni.
Terima kasih sebab sudi jadi driver kepada insan yang tak reti-reti nak ambik lesen ni.
Terima kasih sebab sudi sabar dengan diri ini walaupun ada kelakuan yang pernah mengguris hati. Aku tahu tu :)


Semoga kita akan bertemu di Syurga nanti sahabat-sahabat sekalian :)
Insha Allah.


Monday, March 17, 2014

Tulisan





Setiap tulisan yang diluahkan,
Bermakna tidak perlu mengungkap dengan kata,
Kerna jika diluah,
mungkin berbisa,
mungkin mengguris hati,
mungkin menjatuhkan yang berdiri.

Biar yang menulis faham-faham sendiri,
biar yang membaca mencari erti.

Salam sayang,
selamat hari Isnin :)