Friday, February 27, 2015

Masa tu


Bismillah,

Assalamualaikum.








Masa tu,
takkan pernah nak tunggu.

Masa tu,
takde langsung belas kasihan.

Biar kau jatuh tersungkur sekalipun,
masa tu,
tak pernah nak peduli.

Tapi jangan pernah kau salahkan masa.
Sebab kau pun tak pernah nak hargai dia.
Kau lupa yang masa tu hidup.

Bila kau leka,
kau lalai,
dan masa tu lah,
kau menyesal tak sudah,
sebab masa tu dah tinggal sikit je lagi.



It's Jum'ah! Al-Kahfi se-round jom. :D



Friday, February 6, 2015

Maaf kalau saya sombong.



Bismillah...






Kata-kata,

"Kadang kita lupa menjaga ikhtilat, sampai tidak sedar telah membuat orang jatuh hati."


Dushh!

Kadang memang susah untuk istiqamah dalam menjaga ikhtilat. Sampai ada yang melabel golongan ini sebagai golongan yang anti-sosial, sombong dan lain-lain. Dan aku juga masih lemah dalam bab ini.

Dan sememangnya Syaiton-nirrajim sangat suka bila kita gagal menjaga ikhtilat. *tunduk*

Tapi kita perlu cuba. Walau sedikit demi sedikit. Walau setapak demi setapak. Bukan memutuskan hubungan silaturrahim, tetapi demi arahan-Nya. Bukan untuk jadi anti-sosial, tetapi bersederhana dalam bersosial dengan mereka yang berbeza jantina.

Kadang kita marah apabila difitnah atau orang lain tersalah faham. Tetapi kita mungkin terlupa, tindakan kita itu yang membuatkan timbulnya salah pengertian tersebut. Kiranya seperti, kita yang menimbulkan punca fitnah orang. *Allahu

Jadi sebelum timbulnya fitnah, jom sama-sama kita bersihkan hati. Sucikan niat. Berbicara ketika perlu, dan bertindak sewajarnya. Bukan mengikut hawa nafsu :)


"Saya kena sombong. Sebab sayang kamu."


Peringatan untuk orang yang menaip ni juga ;)




nota hati: Niatkan kerana Allah. Dan sentiasalah perbaharui niat kerana Allah. Moga usaha kita diberkati.