Friday, February 6, 2015

Maaf kalau saya sombong.



Bismillah...






Kata-kata,

"Kadang kita lupa menjaga ikhtilat, sampai tidak sedar telah membuat orang jatuh hati."


Dushh!

Kadang memang susah untuk istiqamah dalam menjaga ikhtilat. Sampai ada yang melabel golongan ini sebagai golongan yang anti-sosial, sombong dan lain-lain. Dan aku juga masih lemah dalam bab ini.

Dan sememangnya Syaiton-nirrajim sangat suka bila kita gagal menjaga ikhtilat. *tunduk*

Tapi kita perlu cuba. Walau sedikit demi sedikit. Walau setapak demi setapak. Bukan memutuskan hubungan silaturrahim, tetapi demi arahan-Nya. Bukan untuk jadi anti-sosial, tetapi bersederhana dalam bersosial dengan mereka yang berbeza jantina.

Kadang kita marah apabila difitnah atau orang lain tersalah faham. Tetapi kita mungkin terlupa, tindakan kita itu yang membuatkan timbulnya salah pengertian tersebut. Kiranya seperti, kita yang menimbulkan punca fitnah orang. *Allahu

Jadi sebelum timbulnya fitnah, jom sama-sama kita bersihkan hati. Sucikan niat. Berbicara ketika perlu, dan bertindak sewajarnya. Bukan mengikut hawa nafsu :)


"Saya kena sombong. Sebab sayang kamu."


Peringatan untuk orang yang menaip ni juga ;)




nota hati: Niatkan kerana Allah. Dan sentiasalah perbaharui niat kerana Allah. Moga usaha kita diberkati.





3 comments:

Arham Md Ali said...

Dan penting jugak ada kawan baik yang jujur untuk nasihat dan perbaiki kita dan juga bagitahu apa salah kita - sedap biasanya tak ramai yang berani jujur sebab nak jaga hati kita. :)

Black said...

yup, betul tu

Akmall Razlan said...

thanks for commenting on my blog, manusia ni macam-macam jenis. Ada yang baik dgn kita tapi they have different side of them.. apa-apa pun, terima seadanya, kan?