Thursday, May 14, 2015

Risau





Pabila ketikanya,
kau tidak mengerti,
rasa apa yang lagi menghuni hati.

Kacau. Payau. Galau.
Duhai hati,
Apakah kau rindu pada Ilahi,
Si pencipta hati?

#risau



Friday, March 27, 2015

Kebenaran.



maaf kalau aku tak seperti yang kau mahu
maaf kalau aku tak mengerti apa yang kau cuba sampaikan


aku ini...

sebab kadang aku sendiri tak faham aku
jadi, maaf kalau aku tak faham kau.


maafkan aku sahabat.











Friday, February 27, 2015

Masa tu


Bismillah,

Assalamualaikum.








Masa tu,
takkan pernah nak tunggu.

Masa tu,
takde langsung belas kasihan.

Biar kau jatuh tersungkur sekalipun,
masa tu,
tak pernah nak peduli.

Tapi jangan pernah kau salahkan masa.
Sebab kau pun tak pernah nak hargai dia.
Kau lupa yang masa tu hidup.

Bila kau leka,
kau lalai,
dan masa tu lah,
kau menyesal tak sudah,
sebab masa tu dah tinggal sikit je lagi.



It's Jum'ah! Al-Kahfi se-round jom. :D



Friday, February 6, 2015

Maaf kalau saya sombong.



Bismillah...






Kata-kata,

"Kadang kita lupa menjaga ikhtilat, sampai tidak sedar telah membuat orang jatuh hati."


Dushh!

Kadang memang susah untuk istiqamah dalam menjaga ikhtilat. Sampai ada yang melabel golongan ini sebagai golongan yang anti-sosial, sombong dan lain-lain. Dan aku juga masih lemah dalam bab ini.

Dan sememangnya Syaiton-nirrajim sangat suka bila kita gagal menjaga ikhtilat. *tunduk*

Tapi kita perlu cuba. Walau sedikit demi sedikit. Walau setapak demi setapak. Bukan memutuskan hubungan silaturrahim, tetapi demi arahan-Nya. Bukan untuk jadi anti-sosial, tetapi bersederhana dalam bersosial dengan mereka yang berbeza jantina.

Kadang kita marah apabila difitnah atau orang lain tersalah faham. Tetapi kita mungkin terlupa, tindakan kita itu yang membuatkan timbulnya salah pengertian tersebut. Kiranya seperti, kita yang menimbulkan punca fitnah orang. *Allahu

Jadi sebelum timbulnya fitnah, jom sama-sama kita bersihkan hati. Sucikan niat. Berbicara ketika perlu, dan bertindak sewajarnya. Bukan mengikut hawa nafsu :)


"Saya kena sombong. Sebab sayang kamu."


Peringatan untuk orang yang menaip ni juga ;)




nota hati: Niatkan kerana Allah. Dan sentiasalah perbaharui niat kerana Allah. Moga usaha kita diberkati.





Monday, January 12, 2015

9 januari 11.40pm

Bismillah...


Moga Allah tempatkan arwah abah dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.


Aku ikhlas. Aku redha.
Ya, biarlah abah pergi dengan tenang.
Aku tidak sanggup lihat dia menanggung sakit.

Alhamdulillah Allah memakbulkan doa ku.
Dapat berbakti semasa hayatnya walau sekejap cuma.

Di setiap suapan makanan ke mulutnya,
aku dapat rasa yang dia senyum kepadaku.
Biar matanya tidak memandang,
aku tahu dia nampak aku.
Biarpun dia tidak bersuara,
aku yakin dia mendengarku.

Cuma satu yang aku kesal,
Dia pergi sendirian.
Aku, kami,
tiada di sisi saat abah menghembuskan nafas yang terakhir.
Maafkan kami,
kami tak sepatutnya tidur.
Allah...

Pergilah dengan tenang.
Kami redha.
Allah lebih sayang abah.

Al-Fatihah.



nota hati: Sentiasalah berdoa moga kita sempat berbakti kepada orang tua


Friday, January 2, 2015

Untuk umur yang ke-22




Bismillah...






"Apa yang ada dicukupkan, bukan mencari dan menambah lagi. Miskin mungkin pada harta, tetapi kaya pada hati yang bersyukur."


Moga tahun 2015 ini aku sentiasa syukur dengan apa yang ada.
Dan alhamdulillah untuk umur yang ke-22 tahun ni.
Moga Allah redha. Dan kamu juga mendapat redha-Nya.
In shaa Allah.



nota hati: Mohon doa kalian untuk kesihatan abah. Dan doa untuk mangsa banjir.