Tuesday, March 18, 2014

i said thank you







Alhamdulillah. Hidup jauh dari keluarga banyak mengajar aku erti hidup berdikari. Lebih-lebih lagi dah dekat setahun tercampak keluar duduk rumah sewa. Belajar macam mana nak berjimat. Bila bil air bil elektrik yang melambung macam tak cukup tulang empat kerat budak-budak rumah nak kumpul duit. Macam mana nak uruskan rumah. Dan banyak lagi benda-benda yang aku jarang dapat buat kat rumah.

Alhamdulillah. Aku dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membimbing ke jalan-Nya. Aku yang sempat terleka dengan godaan sekeliling. Alhamdulillah kerana mereka telah menyedarkan aku. Akan erti sebenar kehidupan. Walaupun masih banyak lagi kekurangan diri, sekurang-kurangnya aku cuba untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.

Alhamdulillah. Aku dikurniakan sahabat-sahabat yang suka berkongsi ilmu. Suka menegur mana yang tidak elok dibuat. Mana yang tidak elok dipakai. Walau bukan tegur secara terangan, tapi siapa makan cili pasti terasa pedasnya kan? Dan daripada itu, aku cuba muhasabah. Cuba untuk pandang kehidupan dari sudut yang berbeza.

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk punya insan-insan sekeliling yang boleh gelak ketawa bersama. Sambil mengubat rindu keluarga. Betapa pentingnya peranan sahabat sekeliling. Tapi maaf sahabat. Aku bukan orang yang mahu berkongsi tangis. Berkongsi duka. Hatta berkongsi sakit sekali pun. Selagi aku mampu tanggung sendiri, akan aku usahakan.

Alhamdulillah untuk semuanya :)
Terima kasih sebab sudi gelak bila layan celoteh aku yang tak berapa nak cukup wayar kadang-kadang ni.
Terima kasih sebab sudi jadi driver kepada insan yang tak reti-reti nak ambik lesen ni.
Terima kasih sebab sudi sabar dengan diri ini walaupun ada kelakuan yang pernah mengguris hati. Aku tahu tu :)


Semoga kita akan bertemu di Syurga nanti sahabat-sahabat sekalian :)
Insha Allah.


4 comments:

Farah said...

Sweet nya dapat kawan-kawan macam tu.

By the way, memang betul kan kita banyak belajar berdikari bila kita duduk jauh daripada keluarga.

Aku sama macam kau juga la. Bila bil melambung, rasa nak nangis sangat sebab nanti duit tak cukup.

reenapple said...

Sabar.

Dan sahabat yang masih ada tika saat kau susah, itulah keluarga kau.

ewanthology said...

best friends bring out the best in each others

kopi pasta said...

pengalaman mendewasakan dan mematangkan diri kita~