Assalamualaikum.
Akhirnya, setelah tamatnya proses penyiapan assignment Islamic Economics.
Dapat melepaskan nafas dengan nyaman. Tidur dengan tenteram. Mimpi yang indah-indah. Nikmatnya hidup :)
Tapi belum sempat nak menikmati hidup bersenang-lenang lagi dah muncul tugasan baru.
*hanya mampu menerima dengan kerelaan hati*
Rabu 27 Mac - submit assignment Hubungan Etnik by typing and HAND-WRITTING *minimum 2 pages*
Khamis, Jumaat, Sabtu 28-30 Mac - seminar kelab keusahawanan UniSZA *kat luar kampus*
Isnin 1 April - mid-term Bahasa Arab *malam-malam jalan kaki pergi gym*
Rabu 3 April - group presentation English for Communication-ll *cabut undi, dapat tajuk paling mencabar*
Khamis 4 April - mid-term Business Comunication *dengan buku teks tak sampai lagi*
Nampak tak betapa tak cukup nafasnya aku? +___+
Bilik ni dah macam tempat persinggahan R & R je *solat-mandi-tidur*
Selebihnya banyak habiskan masa kat luar untuk discussion dan cari bahan.
Ni baru senarai tugas yang besar-besar. Belum assignment yang harian punya *__*
Saat-saat yang perlu ditempuhi menjelang cuti midsem.
Memang aku cuti habis-habisan midsem nanti heheh
*SEDIKIT SELINGAN GAMBAR-GAMBAR DARI HUTAN LIPUR SEKAYU*
coratcoret : lepas ni tunggu gambar Putra Beach Resort pulak ek ;)